Khamis, 8 Julai 2010

Orang Baru....

Salam semua....

Lama rasanya blog aku nie sunyi yerk....Bukan taknak update tapi aku sepanjang mengandung banyak masalah....Pastu keje kat office melambak kena siapkan sebelum cuti panjang...

Mengandung kali nie berbeza betul dengan masa aku mengandungkan Haikal dulu.Kali nie memang banyak masalah.Masa 5 bulan kena kencing manis,setiap minggu kena wat BSP kat Klinik Kesihatan,sampai dah naik kematu jari aku.Memang kena control diet gile2 masa tu.Dah 9 bulan haritu lak darah tinggi naik.Nasib baik masa wat cekup hari tu jerk.Masuk wad gak 3 hari kena pantau tekanan darah....Keylah dah taknak cite masa mengandung lagi,biarlah ia berlalu begitu aje....

Aku nak gebang kat korang saat-saat aku nak melahirkan adik Haikal...

Bermula seminggu sebelum baby kuar,aku dah sakit sikit-sikit terutama bahagian pinggang.Aku diamkan jerk,ingat sebab aku penat.
10hb pagi,ada kuar air sikit.Aku cakap kat Zali.Dia ajak g hospital,aku taknak sebab baru jerk kuar wad suspek darah tinggi.Petang kena wat cekup kat Klinik Kesihatan,baby aku rasa cam dah mula mengeras.Masa doktor cek,dia tanye "baby kerap mengeras ke?".Aku bagitau doktor baru haritu jerk.Dia terus suruh misi hantar g hospital,siap naik ambulan lagi tu.Sampai hospital,doktor cek jalan baru bukak 2cm.Duk wad 1 malam gak.Soknye doktor suruh balik dulu sebab lum ada tanda2 lain baby nak kuar...

12hb pagi Sabtu,aku bangun dari tido tetiba rasa tilam basah.Aku bangun dari katil terus kuar air banyak.Terus call Zali bagitau dia.Dia sampai rumah terus hantar aku g hospital.Tiba hospital,doktor cek jalan masih baru bukak 2cm.Doktor tanya ada rasa sakit ke,aku memang takde rasa sakit nak bersalin masa tu.Cuma sakit macam senggugut nak period jerk.Doktor suruh tunggu sampai 24 jam.

13hb pagi Ahad,aku masih takde rasa sakit.Pagi kul 5.30pagi aku dah bangun mandi-mandi sebab doktor kata terpaksa masukkan ubat kalau masih jalan tak tebuka lagi.Dalam pukul 6 lebih pagi tu doktor periksa jalan lagi.Dia kata dah bukak 3cm,dia bincang dengan doktor lagi sorang.Akhirnye dia orang buat keputusan tak payah masuk ubat.Lapang dada aku dengar masa tu.Memang masa tu pun aku lum rasa sakit lagi.Kul 9 pagi,masa aku tengah sarapan tetiba aku rasa macam ada benda meletop tapi tak tau apa.Bila aku bangun dari kerusi air keluar dengan banyaknya.Aku bagitau Nurse,dia terus panggil doktor.Doktor periksa jalan lagi,masih 3cm.Doktor bagitau aku air ketuban aku pecah lagi kali kedua.Dia kata lagi kalau ikutkan semalam dah lebih 24 jam.Dia terpaksa bantu aku dengan masukkan air bagi buka jalan.Doktor juga kata masuk air tu mungkin 12 jam lagi baru baby akan keluar.

9.30 pagi,aku dimasukkan ke dewan bersalin.Masa tu aku masih tak rasa sakit lagi.Doktor masukkan air yang dia bagitau aku masa kat wad.
11.00 pagi,S/N tanya aku ada rasa sakit tak.Aku masih lum rasa sakit lagi masa tu.Dia bagitau doktor,air yang dimasukkan tadi dilajukan.
12.00 tengahari,aku dah mula rasa sakit sikit-sikit.Baby dah mula kerap mengeras.Doktor tanya lagi kat aku,dah rasa sakit ke belum.Aku bagitau dia ada sakit sikit-sikit.Dia periksa jalan baru bukak 4cm.Dia kata lama lagi.Doktor bagi aku oksigen masa tu sebab dia kata untuk bantu baby.Mesin untuk jantung baby dah mula menandakan baby dah lemah sedikit.Aku dah mula risau masa tu.
12.30 tengahari,doktor pakar datang periksa aku.Dia periksa sekali mesin jantung baby tu.Dia kata mesin tu rosak,bila tukar mesin yang lain jantung baby ok je.Bengang je aku masa tu.Dia tanya aku ada rasa sakit tak?Masa tu aku rasa baby dah semakin kuat mengeras.Dia periksa jalan masih 4cm.Dia pun bagitau aku lama lagi baby nak keluar sebab kepala baby masih jauh kebelakang.
1.00 petang,aku rasa macam nak buang air.Yang jaga aku masa tu doktor lelaki praktikal yang baru 2 hari lapurkan diri.Bengang jugak nak cakap kat dia nak buang air.Bila dah rasa tak tahan sangat nak buang air,aku bagitau doktor tu jugak.Masa aku teran,kebetulan S/N datang.Punya la kelam kabutnya dia sebab dia kata kepala baby dah nampak.Dia baru nak panggil doktor,aku rasa ada benda laju je keluar.Rupa-rupanya aku dah selamat bersalin.Masa tu kul 1.26 petang.Zali pun tak sempat nak tengok.Bila doktor sampai,dia orang siap potong tali pusat baby diletakkan baby kat dada aku.Doktor bagitau aku yang aku dapat baby perempuan.
Alhamdulillah.Masa tu perasaan aku Tuhan je yang tahu.Aku menangis sambil membelai dia.Dengan tangisan yang nyaring dia merenung aku.Dibiarkan baby kat dada aku dalam bebrapa minit barulah S/N angkat untuk bersihkan dia.

Syukur yang tidak terhingga akhirnya aku dah selamat melahirkan.Dan yang lebih menggembirakan kami sekeluarga dapat anak perempuan.Dah ada sepasang setelah sekian lama menanti kehadiran zuriat penyeri rumahtangga.Kami berikan dia nama Haziqah Insyirah binti Mohd Hazali.Berkat doa kami suami isteri,keluarga dan juga rakan-rakan.