Khamis, 21 Oktober 2010

Lamanye sunyi....

Salam....
Lamanye blog aku nie sunyi ye...Dari bulan 7 lagi.
hmmm...kenapa sunyi ye????
MALAS,TAK SEMPAT,SIBUK,ADA MASALAH,PENAT,TAKDE TOPIK dan yang SEUMPAMA DENGANNYA...

Walau pun tak mengupdate,aku rajin baca blog-blog orang lain.Terutama yang ada dalam senarai.Tak tau kenapa macam dah tak ada idea nak update.Kekadang tu dah berkobar-kobar nak update,bile bukak netbook atau PC ideanye ilang.Dan kekadang jugak bila baru nak update Syirah ngan Haikal wat hal.Nak itulah nak ini lah,dah terbuku lagi idea.

Nie pun tadi macam banyak sangat cite nak kongsi,tetibe je Syirah nangis nak susu.hmmm...terus blank.Takpelah dari sunyi teruskan korang layan la gambar terbaru Syirah permata hati aku yang kedua nie....





Khamis, 8 Julai 2010

Orang Baru....

Salam semua....

Lama rasanya blog aku nie sunyi yerk....Bukan taknak update tapi aku sepanjang mengandung banyak masalah....Pastu keje kat office melambak kena siapkan sebelum cuti panjang...

Mengandung kali nie berbeza betul dengan masa aku mengandungkan Haikal dulu.Kali nie memang banyak masalah.Masa 5 bulan kena kencing manis,setiap minggu kena wat BSP kat Klinik Kesihatan,sampai dah naik kematu jari aku.Memang kena control diet gile2 masa tu.Dah 9 bulan haritu lak darah tinggi naik.Nasib baik masa wat cekup hari tu jerk.Masuk wad gak 3 hari kena pantau tekanan darah....Keylah dah taknak cite masa mengandung lagi,biarlah ia berlalu begitu aje....

Aku nak gebang kat korang saat-saat aku nak melahirkan adik Haikal...

Bermula seminggu sebelum baby kuar,aku dah sakit sikit-sikit terutama bahagian pinggang.Aku diamkan jerk,ingat sebab aku penat.
10hb pagi,ada kuar air sikit.Aku cakap kat Zali.Dia ajak g hospital,aku taknak sebab baru jerk kuar wad suspek darah tinggi.Petang kena wat cekup kat Klinik Kesihatan,baby aku rasa cam dah mula mengeras.Masa doktor cek,dia tanye "baby kerap mengeras ke?".Aku bagitau doktor baru haritu jerk.Dia terus suruh misi hantar g hospital,siap naik ambulan lagi tu.Sampai hospital,doktor cek jalan baru bukak 2cm.Duk wad 1 malam gak.Soknye doktor suruh balik dulu sebab lum ada tanda2 lain baby nak kuar...

12hb pagi Sabtu,aku bangun dari tido tetiba rasa tilam basah.Aku bangun dari katil terus kuar air banyak.Terus call Zali bagitau dia.Dia sampai rumah terus hantar aku g hospital.Tiba hospital,doktor cek jalan masih baru bukak 2cm.Doktor tanya ada rasa sakit ke,aku memang takde rasa sakit nak bersalin masa tu.Cuma sakit macam senggugut nak period jerk.Doktor suruh tunggu sampai 24 jam.

13hb pagi Ahad,aku masih takde rasa sakit.Pagi kul 5.30pagi aku dah bangun mandi-mandi sebab doktor kata terpaksa masukkan ubat kalau masih jalan tak tebuka lagi.Dalam pukul 6 lebih pagi tu doktor periksa jalan lagi.Dia kata dah bukak 3cm,dia bincang dengan doktor lagi sorang.Akhirnye dia orang buat keputusan tak payah masuk ubat.Lapang dada aku dengar masa tu.Memang masa tu pun aku lum rasa sakit lagi.Kul 9 pagi,masa aku tengah sarapan tetiba aku rasa macam ada benda meletop tapi tak tau apa.Bila aku bangun dari kerusi air keluar dengan banyaknya.Aku bagitau Nurse,dia terus panggil doktor.Doktor periksa jalan lagi,masih 3cm.Doktor bagitau aku air ketuban aku pecah lagi kali kedua.Dia kata lagi kalau ikutkan semalam dah lebih 24 jam.Dia terpaksa bantu aku dengan masukkan air bagi buka jalan.Doktor juga kata masuk air tu mungkin 12 jam lagi baru baby akan keluar.

9.30 pagi,aku dimasukkan ke dewan bersalin.Masa tu aku masih tak rasa sakit lagi.Doktor masukkan air yang dia bagitau aku masa kat wad.
11.00 pagi,S/N tanya aku ada rasa sakit tak.Aku masih lum rasa sakit lagi masa tu.Dia bagitau doktor,air yang dimasukkan tadi dilajukan.
12.00 tengahari,aku dah mula rasa sakit sikit-sikit.Baby dah mula kerap mengeras.Doktor tanya lagi kat aku,dah rasa sakit ke belum.Aku bagitau dia ada sakit sikit-sikit.Dia periksa jalan baru bukak 4cm.Dia kata lama lagi.Doktor bagi aku oksigen masa tu sebab dia kata untuk bantu baby.Mesin untuk jantung baby dah mula menandakan baby dah lemah sedikit.Aku dah mula risau masa tu.
12.30 tengahari,doktor pakar datang periksa aku.Dia periksa sekali mesin jantung baby tu.Dia kata mesin tu rosak,bila tukar mesin yang lain jantung baby ok je.Bengang je aku masa tu.Dia tanya aku ada rasa sakit tak?Masa tu aku rasa baby dah semakin kuat mengeras.Dia periksa jalan masih 4cm.Dia pun bagitau aku lama lagi baby nak keluar sebab kepala baby masih jauh kebelakang.
1.00 petang,aku rasa macam nak buang air.Yang jaga aku masa tu doktor lelaki praktikal yang baru 2 hari lapurkan diri.Bengang jugak nak cakap kat dia nak buang air.Bila dah rasa tak tahan sangat nak buang air,aku bagitau doktor tu jugak.Masa aku teran,kebetulan S/N datang.Punya la kelam kabutnya dia sebab dia kata kepala baby dah nampak.Dia baru nak panggil doktor,aku rasa ada benda laju je keluar.Rupa-rupanya aku dah selamat bersalin.Masa tu kul 1.26 petang.Zali pun tak sempat nak tengok.Bila doktor sampai,dia orang siap potong tali pusat baby diletakkan baby kat dada aku.Doktor bagitau aku yang aku dapat baby perempuan.
Alhamdulillah.Masa tu perasaan aku Tuhan je yang tahu.Aku menangis sambil membelai dia.Dengan tangisan yang nyaring dia merenung aku.Dibiarkan baby kat dada aku dalam bebrapa minit barulah S/N angkat untuk bersihkan dia.

Syukur yang tidak terhingga akhirnya aku dah selamat melahirkan.Dan yang lebih menggembirakan kami sekeluarga dapat anak perempuan.Dah ada sepasang setelah sekian lama menanti kehadiran zuriat penyeri rumahtangga.Kami berikan dia nama Haziqah Insyirah binti Mohd Hazali.Berkat doa kami suami isteri,keluarga dan juga rakan-rakan.

Jumaat, 30 April 2010

Mane dia????



Malam tadi aku mimpikan kau....dari jauh kau pandang muka aku.Masa tu kat sebuah padang yang penuh dengan rumput hijau dan bunga-bunga putih.Bersih sangat badan kau,tak ada lagi kudis-kudis dan luka-luka kat badan kau.Muka kau pun cantik sangat,bersih dan nampak comel sangat...
Puas aku panggil dan kejar kau,tapi makin lama kau makin jauh.Kau jalan perlahan tapi aku tetap tak dapat kejar kau walaupun aku berlari.....akhirnye aku yang jatuh tersungkur......Saat aku jatuh kau pun berhenti dari berjalan,tapi kau tak mendekati aku.Kau hanya pandang aku dengan mata yang sayu,memandang hanya dari kejauhan.Aku menangis sepuas-puasnye......
Bila aku buka mata rupanye aku bermimpi dan mimpi tu seperti benar-benar berlaku kerana bila aku tersedar air mata memang sedang mengalir deras....

Mana kau????mane kau pergi???Mak rindu sangat.......dah 2 minggu kau tak balik.Kau merajuk dengan mak ke???Hari-hari mak tunggu kau.Tempat makan,tempat minum dengan tempat tido kau sentiasa mak sediakan seperti biasa.Hari-hari mak akan panggil nama kau......Hari-hari mak akan cari kau keliling rumah,tanye jiran-jiran ada nampak kau tak......Nape langsung tak balik???biasanye kalau tak balik pun paling lama 3 ke 4 hari je.....

Dah 6 tahun aku bela kau,daripada kau seekor kucing terbiar yang datang depan pintu rumah aku minta belas ehsan.Aku bela kau dengan penuh kasih sayang.Hari-hari kau dibelai manja,diberi makan minum yang secukupnye.....aku betul-betul rindukan kau......

Pagi tadi aku ada cerita ngan Zali yang aku mimpikan kau,rupanye 3 hari lepas Zali pun ada mimpikan kau.Zali suruh aku sabar,dia kata mungkin kau dah takde kat bumi yang nyata nie.Kalau betul pun kau dah tak ada lagi,kenapa bukan didepan mata aku????Kalau betul pun kau pergi tinggalkan aku buat selamanye,biarlah aku ngan Zali dapat kuburkan kau....Sejujurnye aku katakan yang aku rindu sangat kat kau......

Kau tak pernah menyusahkan aku.Aku tak pernah mengeluh atau merungut selama membela kau.Kau seekor kucing yang sangat baik,tak pernah kisah pun kalau aku bawak kucing lain untuk tinggal sebumbung dengan kau.Malah kau selalu mengalah dengan yang lain semasa makan....Kau tak pernah buang najis dalam rumah.Kau memang seekor kucing yang sangat aku sayang.....

Ada betulnye jugak orang berkata....kucing kalau dia sayangkan tuan,dia tak akan mati depan tuan dia.Dia taknak tuan dia bersedih.Kalau benar pun ini terjadi pada kau,aku tetap bersedih,aku tetap mengalirkan air mata.....
Tak tau kenapa murah sungguh air mata ini bila mengenangkan kau.....Kalau umur kau masih panjang,balik ye....

Chiki.......Chiki.....mak rindu sangat kat kau....

Jumaat, 19 Mac 2010

Simple je......

Salam semua.......

16hb Mac hari tu birthday Zali dan 18hb Mac pulak birthday hero aku Haikal Irsyaduddin.Zali menyambut ulang tahun yang ke 33 tahun dan Haikal yang ke 7 tahun.Senang kan nak ingat tarikhnye,selang sehari jerk.Memang masa bersalinkan Haikal,aku masuk wad 16hb tu,tapi taknak kuar la pulak.Sehari lepas tu baru dia nak kuar......Ape pun....

"HAPPY BIRTHDAY TO AYAH DAN HAIKAL"......
Semoga panjang umur,dimurahkan rezeki dan kebahagiaan itu akan terus menjadi milik kita selamanya.Ibu sangat sayang pada kamu berdua.....

Untuk tahun nie,tak ada sambutan seperti tahun-tahun sebelumnye.Al maklumlah nak kena berjimat,tak lama lagi nak sambut orang baru.Jadi kita orang sambut 3 beranak jerk.

Sambutan pun dibuat pada 17hb Mac,tengah-tengah antara tarikh Zali dan Haikal.Itu pun petang lepas aku balik keje.Kita orang cuma pegi makan kat Johnny's dan beli kek sebagai simbol.

Memang seperti biasa aku lah yang teruk sikit,kena sediakan 2 hadiah.1 untuk ayah dan 1 untuk Haikal.Tahun nie pun hadiah biasa jerk.Untuk Zali,aku cuma belikan dia T-shirt dan Jeans-Jeep....hahaha...tu pun ada diskaun 30 percent.Untuk Haikal,seperti permintaan dia sebelum nie patung Ultraman.Lagi la murah,jimat duit aku.Bukan berkira dengan laki dan anak ye,tapi memang kena sekat perbelanjaan untuk beberapa bulan nie......

Kat bawah nie gambar yang sempat diambil..........



Birthday kek tahun nie pun simple la sesangat.Tak ada lagi muka Ultraman.......



Anak ayah......muka sama harijadi pun dekat-dekat tarikhnye......



Alhamdulillah......besar dah anak ibu.....Semoga Haikal menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup di masa depan ye......



"HAPPY BIRTHDAY SAYANG".....Semoga panjang umur,dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah hendaknye.....Dan semoga menjadi ayah contoh kepada anak-anak kita kelak.



Haikal dan ibu......Selalu jadi lawan gaduh jerk budak nie....




Menu kami.......simple sesangat.....



Makan-makan.......




Tukang masak dan jugak tukang habiskan makanan....hehehe......

Jumaat, 12 Mac 2010

Jom join giveaway

Friday, March 12, 2010

Salam Jumaat...Jom Join Giveaway!


"Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi"

Salam Jumaat buat semua teman2 bloggers. Sempena Hari Jumaat yang mulia ini, ita nak mengadakan giveaway untuk semua teman2 blogger yg banyak memberi sokongan buat ita. Kunjungan yg tidak putus2 dari anda semua bagi ita adalah satu tanda anda menyokong ita...terima kasih byk2.

Giveaway ini terbuka untuk teman2 blogger di seluruh Malaysia, tak ada apa2 syarat yg berat,
hanya tinggalkan 1 komen je kat sini, terbuka hingga 16hb Mac 2010 jam 12.00 tengahari. Kalau ada yg nak buat n3 ttg giveaway ni kat blog masing2pun boleh...utk itu, ita akan ambil kira sebagai 2 komen dlm undian nnt , tolong inform kat ita dlm komen anda nnt dgn memberikan alamat blog ye :-).

Keputusannya inshaallah akan diketahui pada hari yg sama, 16hb Mac 2010, jam 8.30 malam....undian akan dibuat secara random ikut stail dulu-dulu "goncang & ambil"...kita tunggu siapa yang dapatttttttttttt!!!!!! okkkk...jom ramai2 join yer....the more the merrier....yg dah jadi follower ita, tolong khabarkan kat kawan2 yg belum follow untuk join giveaway ni...:-)))

Semoga dgn ini akan lebih mengeratkan lagi silatulrahim antara kita...amin :-)))



2 biji piring VCR, Sugar Bowl bunga Rose, 4 helai 'Pink Roses Napkins'







Salam semua......

Kat atas nie bukan lah dari blog saya.Tapi dari blogger yang saya selalu melawat ke blog dia.Kalau sesiapa berminat bolehlah melawat ke blog beliau.....http://itajeff68.blogspot.com/

Khamis, 11 Mac 2010

Dialog Ibu dan Anak.....

Lagi 7 hari,hari jadi Haikal yang ke 7 tahun.2,3 hari nie aku duk terpikir nak bagi dia ape sebagai hadiah untuk taun nie.Malam tadi masa duk berehat kat ruang tamu lepas semak kerja sekolah dia,aku ambil kesempatan bersembang dengan dia.Lagi pun Zali lum balik kerja lagi....Berikut dialog antara Ibu dan Anak......

Ibu :Abang (panggilan baru tuk Haikal),minggu depan birthday abang.Abang nak hadiah apa?Taun nie ibu tak buatkan birthday party tau.Abang dah besar,lagi pun ayah kata memang dah janji sampai umur 6 tahun je.Kita buat untuk kita bertiga je eh.Ayah,ibu ngan abang....

Abang :Minggu depan ye bu?Cikgu kata minggu depan kita cuti sekolah.Betol ke?Nape takleh wat majlis harijadi?nanti kekawan kita tak tau la hari jadi kita......(dah tarik muncung 14)

Ibu :Abang kan dah besar,takleh la tetiap tahun nak wat.Dah nak ada adik pun.Takpelah abang cakap nak hadiah ape nanti ibu cakap kat ayah.

Abang :Ok,kalau tak buat majlis tu ibu janji bagi hadiah ye....

Ibu :hmmm.....abang nak ape?

Abang :Leh tak kalau ibu belikan kita 'PSP,GAME BOY atau pun patung ULTRAMAN'.Patung Ultraman tu kita nak yang besarnya macam kita tau.Leh wat tido malam......




Ibu :Mak ai...banyak nya list.Tahun lepas kan dah dapat Ultraman.Kek Harijadi tahun lepas pun Ulatraman.Dah tak ingat ke?


Birthday kek Haikal tahun lepas

Abang :Alah boleh la bu......

Ibu :Game memang tak boleh (dengan tegasnya).Ayah mesti tak kasi punye.Sekarang nie main game kat komputer pun abang dah lupa nak belajar,kalau ibu ngan ayah leka pegi mengaji pun dah taknak.Game kena tunggu abang besar lagi sikit,bukan ibu kedekut ye.Tapi ayah memang tak bagi kalau nak beli game.Ultraman tu,ibu rasa CD collection abang pun dah leh bukak table kat pasar malam jual balik.Mainan Ultraman pun dah banyak la sesangat.Ada yang sampai ibu dah buang pun.

Abang :Habis tu ibu nak bagi kita hadiah ape?Kalau dah semua yang kita nak ibu taknak bagi dah la....(air mata dah mula bergenang.Haikal memang camtu,lelaki tapi ati ciput)

Ibu :Sini kat ibu.......(sambil peluk dia)...Yela,nanti ibu pujuk ayah belikan patung Ultraman tu ye.Tapi janji dengan ibu pasni dengar cakap ibu ngan ayah.Belajar rajin-rajin,mesti dapat no yang baik dalam kelas walaupun bukan no 1.Lagi 1,baju sekolah ibu taknak tengok kotor-kotor lagi.Kesian sikit kat ibu.Ibu penat balik kerja dah petang lepas tu hari-hari nak berus baju sekolah abang.Tengok perut ibu makin besar kan?Sian kat ibu dengan adik kat dalam nie eh.

Abang :........(sambil tersenyum riang)....Ok,ibu janji ye cakapkan kat ayah.Terima kasih ibu....Sayang sangat kat ibu.....(dia peluk dan cium aku banyak kali).

Ibu :Yela....nanti ibu cakap kan kat ayah ye......(memang nampak dari kecil lagi walaupun aku nie garang tapi Haikal memang akan tanya aku dulu sebelum minta sesuatu atau buat sesuatu.Kasih ibu membawa ke Syurga.....hehehe....).Aku lepaskan pelukkan dia,biarkan dia menonton TV....Aku termenung sambil mengusap lembut perut......Dalam hati berkata-kata....Kejap je masa berlalu,rasanya baru seperti semalam aku melahirkan Haikal.Rupa-rupanya diam tak diam dah 7 taun umur dia.Tak lama lagi akan lahir lagi zuriat dan pengikat kasih antara aku dan Zali.Tak sabar rasanya nak menikmati kehidupan berempat.Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kami sekeluarga.....Amin.....

Jumaat, 5 Mac 2010

Stress....stress....stress.....

Aku tak tau la nak mulakan katner.......
Tapi serius aku bagitau kat sini jiwa aku betul-betul tertekan.....

Astagfirullah.........kenapa la macam nie.Dah la aku mengandung,sampaikan semalam doktor kata aku tak boleh stress-stress sangat.Akan effect pada baby dan kesihatan aku sendiri.Memang aku dapat rasa kesannya,tetiba cek kencing manis aku naik.Pastu dah bertahun-tahun tak kena ashma,aku kena balik.Sampai doktor bagitau lagi,kalau 7 bulan nanti ashma dan kencing manis aku masih takleh control terpaksa la baby dipaksa keluar....Nauzubillah.....Ya Allah.....Kau tolonglah hambaMu yang hina ini.....

Biar aku share dengan korang ye kenapa aku stress sesangat.Memang mungkin pada sesetengah orang macam masalah kecik,tapi pada seorang wanita mengandung yang mempunyai emosi yang berbeza-beza masalah nie agak membebankan....

Di sebabkan aku akan cuti bersalin,company tempat aku kerja nie bagi aku seorang pembantu.....Memula memang la aku happy sesangat,yelakan dapat meringankan beban keje aku.Tapi rupanye lain la pulak,makin beban keje aku.......Aku tak tau la datang dari mana makhluk nie?Lebih baik aku ajar budak sekolah tadika dari mengajar orang sesengal ini......
Dah la kita ajar dia buat tak tau,kalau dah buat salah tak mengaku.Dan kekadang tu bila aku ajar dia,dia ajar aku balik.Cam bagus sesangat la gamaknye.....

Sejarah kerja service centre haram tak ada,pastu kelulusan dalam pelajaran pun hampeh.Dah ada anak bini tapi perangai Masyaallah.....Bukan la aku nak mengutuk dia sesangat,tapi biarlah buat kerja tu bebetul sikit.Dapat gaji starting dah la besar,macam celaka.Aku tak tau la bos aku jumpa dan pungut dia katner.Sebelum nie kerja banyak tempat,tapi kerja kejap berenti.Aku rasa orang-orang kat tempat yang dia pernah kerja dulu pun asyik maki hamun dia aje la.

Camner la aku nak mengatasi masalah aku nie.....memang rasanya serius sesangat sampai aku tak tahan.Dalam minggu nie jerk dah 3 hari aku tak kerja.Sampai aku marah kat dia aku yang menangis,bukan dia.Argggghhhh.......tension nye....leh bagi tips tak camner nak buat lelagi la dalam situasi aku yang tengah mengandung nie.Istigfar bebanyak pun api kemarahan nie tak leh reda jugak......Nie sambil meluahkan kat sini pun,air mata aku dah bergenang jerk....