Jumaat, 19 Mac 2010

Simple je......

Salam semua.......

16hb Mac hari tu birthday Zali dan 18hb Mac pulak birthday hero aku Haikal Irsyaduddin.Zali menyambut ulang tahun yang ke 33 tahun dan Haikal yang ke 7 tahun.Senang kan nak ingat tarikhnye,selang sehari jerk.Memang masa bersalinkan Haikal,aku masuk wad 16hb tu,tapi taknak kuar la pulak.Sehari lepas tu baru dia nak kuar......Ape pun....

"HAPPY BIRTHDAY TO AYAH DAN HAIKAL"......
Semoga panjang umur,dimurahkan rezeki dan kebahagiaan itu akan terus menjadi milik kita selamanya.Ibu sangat sayang pada kamu berdua.....

Untuk tahun nie,tak ada sambutan seperti tahun-tahun sebelumnye.Al maklumlah nak kena berjimat,tak lama lagi nak sambut orang baru.Jadi kita orang sambut 3 beranak jerk.

Sambutan pun dibuat pada 17hb Mac,tengah-tengah antara tarikh Zali dan Haikal.Itu pun petang lepas aku balik keje.Kita orang cuma pegi makan kat Johnny's dan beli kek sebagai simbol.

Memang seperti biasa aku lah yang teruk sikit,kena sediakan 2 hadiah.1 untuk ayah dan 1 untuk Haikal.Tahun nie pun hadiah biasa jerk.Untuk Zali,aku cuma belikan dia T-shirt dan Jeans-Jeep....hahaha...tu pun ada diskaun 30 percent.Untuk Haikal,seperti permintaan dia sebelum nie patung Ultraman.Lagi la murah,jimat duit aku.Bukan berkira dengan laki dan anak ye,tapi memang kena sekat perbelanjaan untuk beberapa bulan nie......

Kat bawah nie gambar yang sempat diambil..........



Birthday kek tahun nie pun simple la sesangat.Tak ada lagi muka Ultraman.......



Anak ayah......muka sama harijadi pun dekat-dekat tarikhnye......



Alhamdulillah......besar dah anak ibu.....Semoga Haikal menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup di masa depan ye......



"HAPPY BIRTHDAY SAYANG".....Semoga panjang umur,dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah hendaknye.....Dan semoga menjadi ayah contoh kepada anak-anak kita kelak.



Haikal dan ibu......Selalu jadi lawan gaduh jerk budak nie....




Menu kami.......simple sesangat.....



Makan-makan.......




Tukang masak dan jugak tukang habiskan makanan....hehehe......

Jumaat, 12 Mac 2010

Jom join giveaway

Friday, March 12, 2010

Salam Jumaat...Jom Join Giveaway!


"Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi"

Salam Jumaat buat semua teman2 bloggers. Sempena Hari Jumaat yang mulia ini, ita nak mengadakan giveaway untuk semua teman2 blogger yg banyak memberi sokongan buat ita. Kunjungan yg tidak putus2 dari anda semua bagi ita adalah satu tanda anda menyokong ita...terima kasih byk2.

Giveaway ini terbuka untuk teman2 blogger di seluruh Malaysia, tak ada apa2 syarat yg berat,
hanya tinggalkan 1 komen je kat sini, terbuka hingga 16hb Mac 2010 jam 12.00 tengahari. Kalau ada yg nak buat n3 ttg giveaway ni kat blog masing2pun boleh...utk itu, ita akan ambil kira sebagai 2 komen dlm undian nnt , tolong inform kat ita dlm komen anda nnt dgn memberikan alamat blog ye :-).

Keputusannya inshaallah akan diketahui pada hari yg sama, 16hb Mac 2010, jam 8.30 malam....undian akan dibuat secara random ikut stail dulu-dulu "goncang & ambil"...kita tunggu siapa yang dapatttttttttttt!!!!!! okkkk...jom ramai2 join yer....the more the merrier....yg dah jadi follower ita, tolong khabarkan kat kawan2 yg belum follow untuk join giveaway ni...:-)))

Semoga dgn ini akan lebih mengeratkan lagi silatulrahim antara kita...amin :-)))



2 biji piring VCR, Sugar Bowl bunga Rose, 4 helai 'Pink Roses Napkins'







Salam semua......

Kat atas nie bukan lah dari blog saya.Tapi dari blogger yang saya selalu melawat ke blog dia.Kalau sesiapa berminat bolehlah melawat ke blog beliau.....http://itajeff68.blogspot.com/

Khamis, 11 Mac 2010

Dialog Ibu dan Anak.....

Lagi 7 hari,hari jadi Haikal yang ke 7 tahun.2,3 hari nie aku duk terpikir nak bagi dia ape sebagai hadiah untuk taun nie.Malam tadi masa duk berehat kat ruang tamu lepas semak kerja sekolah dia,aku ambil kesempatan bersembang dengan dia.Lagi pun Zali lum balik kerja lagi....Berikut dialog antara Ibu dan Anak......

Ibu :Abang (panggilan baru tuk Haikal),minggu depan birthday abang.Abang nak hadiah apa?Taun nie ibu tak buatkan birthday party tau.Abang dah besar,lagi pun ayah kata memang dah janji sampai umur 6 tahun je.Kita buat untuk kita bertiga je eh.Ayah,ibu ngan abang....

Abang :Minggu depan ye bu?Cikgu kata minggu depan kita cuti sekolah.Betol ke?Nape takleh wat majlis harijadi?nanti kekawan kita tak tau la hari jadi kita......(dah tarik muncung 14)

Ibu :Abang kan dah besar,takleh la tetiap tahun nak wat.Dah nak ada adik pun.Takpelah abang cakap nak hadiah ape nanti ibu cakap kat ayah.

Abang :Ok,kalau tak buat majlis tu ibu janji bagi hadiah ye....

Ibu :hmmm.....abang nak ape?

Abang :Leh tak kalau ibu belikan kita 'PSP,GAME BOY atau pun patung ULTRAMAN'.Patung Ultraman tu kita nak yang besarnya macam kita tau.Leh wat tido malam......




Ibu :Mak ai...banyak nya list.Tahun lepas kan dah dapat Ultraman.Kek Harijadi tahun lepas pun Ulatraman.Dah tak ingat ke?


Birthday kek Haikal tahun lepas

Abang :Alah boleh la bu......

Ibu :Game memang tak boleh (dengan tegasnya).Ayah mesti tak kasi punye.Sekarang nie main game kat komputer pun abang dah lupa nak belajar,kalau ibu ngan ayah leka pegi mengaji pun dah taknak.Game kena tunggu abang besar lagi sikit,bukan ibu kedekut ye.Tapi ayah memang tak bagi kalau nak beli game.Ultraman tu,ibu rasa CD collection abang pun dah leh bukak table kat pasar malam jual balik.Mainan Ultraman pun dah banyak la sesangat.Ada yang sampai ibu dah buang pun.

Abang :Habis tu ibu nak bagi kita hadiah ape?Kalau dah semua yang kita nak ibu taknak bagi dah la....(air mata dah mula bergenang.Haikal memang camtu,lelaki tapi ati ciput)

Ibu :Sini kat ibu.......(sambil peluk dia)...Yela,nanti ibu pujuk ayah belikan patung Ultraman tu ye.Tapi janji dengan ibu pasni dengar cakap ibu ngan ayah.Belajar rajin-rajin,mesti dapat no yang baik dalam kelas walaupun bukan no 1.Lagi 1,baju sekolah ibu taknak tengok kotor-kotor lagi.Kesian sikit kat ibu.Ibu penat balik kerja dah petang lepas tu hari-hari nak berus baju sekolah abang.Tengok perut ibu makin besar kan?Sian kat ibu dengan adik kat dalam nie eh.

Abang :........(sambil tersenyum riang)....Ok,ibu janji ye cakapkan kat ayah.Terima kasih ibu....Sayang sangat kat ibu.....(dia peluk dan cium aku banyak kali).

Ibu :Yela....nanti ibu cakap kan kat ayah ye......(memang nampak dari kecil lagi walaupun aku nie garang tapi Haikal memang akan tanya aku dulu sebelum minta sesuatu atau buat sesuatu.Kasih ibu membawa ke Syurga.....hehehe....).Aku lepaskan pelukkan dia,biarkan dia menonton TV....Aku termenung sambil mengusap lembut perut......Dalam hati berkata-kata....Kejap je masa berlalu,rasanya baru seperti semalam aku melahirkan Haikal.Rupa-rupanya diam tak diam dah 7 taun umur dia.Tak lama lagi akan lahir lagi zuriat dan pengikat kasih antara aku dan Zali.Tak sabar rasanya nak menikmati kehidupan berempat.Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kami sekeluarga.....Amin.....

Jumaat, 5 Mac 2010

Stress....stress....stress.....

Aku tak tau la nak mulakan katner.......
Tapi serius aku bagitau kat sini jiwa aku betul-betul tertekan.....

Astagfirullah.........kenapa la macam nie.Dah la aku mengandung,sampaikan semalam doktor kata aku tak boleh stress-stress sangat.Akan effect pada baby dan kesihatan aku sendiri.Memang aku dapat rasa kesannya,tetiba cek kencing manis aku naik.Pastu dah bertahun-tahun tak kena ashma,aku kena balik.Sampai doktor bagitau lagi,kalau 7 bulan nanti ashma dan kencing manis aku masih takleh control terpaksa la baby dipaksa keluar....Nauzubillah.....Ya Allah.....Kau tolonglah hambaMu yang hina ini.....

Biar aku share dengan korang ye kenapa aku stress sesangat.Memang mungkin pada sesetengah orang macam masalah kecik,tapi pada seorang wanita mengandung yang mempunyai emosi yang berbeza-beza masalah nie agak membebankan....

Di sebabkan aku akan cuti bersalin,company tempat aku kerja nie bagi aku seorang pembantu.....Memula memang la aku happy sesangat,yelakan dapat meringankan beban keje aku.Tapi rupanye lain la pulak,makin beban keje aku.......Aku tak tau la datang dari mana makhluk nie?Lebih baik aku ajar budak sekolah tadika dari mengajar orang sesengal ini......
Dah la kita ajar dia buat tak tau,kalau dah buat salah tak mengaku.Dan kekadang tu bila aku ajar dia,dia ajar aku balik.Cam bagus sesangat la gamaknye.....

Sejarah kerja service centre haram tak ada,pastu kelulusan dalam pelajaran pun hampeh.Dah ada anak bini tapi perangai Masyaallah.....Bukan la aku nak mengutuk dia sesangat,tapi biarlah buat kerja tu bebetul sikit.Dapat gaji starting dah la besar,macam celaka.Aku tak tau la bos aku jumpa dan pungut dia katner.Sebelum nie kerja banyak tempat,tapi kerja kejap berenti.Aku rasa orang-orang kat tempat yang dia pernah kerja dulu pun asyik maki hamun dia aje la.

Camner la aku nak mengatasi masalah aku nie.....memang rasanya serius sesangat sampai aku tak tahan.Dalam minggu nie jerk dah 3 hari aku tak kerja.Sampai aku marah kat dia aku yang menangis,bukan dia.Argggghhhh.......tension nye....leh bagi tips tak camner nak buat lelagi la dalam situasi aku yang tengah mengandung nie.Istigfar bebanyak pun api kemarahan nie tak leh reda jugak......Nie sambil meluahkan kat sini pun,air mata aku dah bergenang jerk....