Jumaat, 19 Mac 2010

Simple je......

Salam semua.......

16hb Mac hari tu birthday Zali dan 18hb Mac pulak birthday hero aku Haikal Irsyaduddin.Zali menyambut ulang tahun yang ke 33 tahun dan Haikal yang ke 7 tahun.Senang kan nak ingat tarikhnye,selang sehari jerk.Memang masa bersalinkan Haikal,aku masuk wad 16hb tu,tapi taknak kuar la pulak.Sehari lepas tu baru dia nak kuar......Ape pun....

"HAPPY BIRTHDAY TO AYAH DAN HAIKAL"......
Semoga panjang umur,dimurahkan rezeki dan kebahagiaan itu akan terus menjadi milik kita selamanya.Ibu sangat sayang pada kamu berdua.....

Untuk tahun nie,tak ada sambutan seperti tahun-tahun sebelumnye.Al maklumlah nak kena berjimat,tak lama lagi nak sambut orang baru.Jadi kita orang sambut 3 beranak jerk.

Sambutan pun dibuat pada 17hb Mac,tengah-tengah antara tarikh Zali dan Haikal.Itu pun petang lepas aku balik keje.Kita orang cuma pegi makan kat Johnny's dan beli kek sebagai simbol.

Memang seperti biasa aku lah yang teruk sikit,kena sediakan 2 hadiah.1 untuk ayah dan 1 untuk Haikal.Tahun nie pun hadiah biasa jerk.Untuk Zali,aku cuma belikan dia T-shirt dan Jeans-Jeep....hahaha...tu pun ada diskaun 30 percent.Untuk Haikal,seperti permintaan dia sebelum nie patung Ultraman.Lagi la murah,jimat duit aku.Bukan berkira dengan laki dan anak ye,tapi memang kena sekat perbelanjaan untuk beberapa bulan nie......

Kat bawah nie gambar yang sempat diambil..........



Birthday kek tahun nie pun simple la sesangat.Tak ada lagi muka Ultraman.......



Anak ayah......muka sama harijadi pun dekat-dekat tarikhnye......



Alhamdulillah......besar dah anak ibu.....Semoga Haikal menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup di masa depan ye......



"HAPPY BIRTHDAY SAYANG".....Semoga panjang umur,dimurahkan rezeki dan sentiasa dirahmati Allah hendaknye.....Dan semoga menjadi ayah contoh kepada anak-anak kita kelak.



Haikal dan ibu......Selalu jadi lawan gaduh jerk budak nie....




Menu kami.......simple sesangat.....



Makan-makan.......




Tukang masak dan jugak tukang habiskan makanan....hehehe......

Jumaat, 12 Mac 2010

Jom join giveaway

Friday, March 12, 2010

Salam Jumaat...Jom Join Giveaway!


"Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi"

Salam Jumaat buat semua teman2 bloggers. Sempena Hari Jumaat yang mulia ini, ita nak mengadakan giveaway untuk semua teman2 blogger yg banyak memberi sokongan buat ita. Kunjungan yg tidak putus2 dari anda semua bagi ita adalah satu tanda anda menyokong ita...terima kasih byk2.

Giveaway ini terbuka untuk teman2 blogger di seluruh Malaysia, tak ada apa2 syarat yg berat,
hanya tinggalkan 1 komen je kat sini, terbuka hingga 16hb Mac 2010 jam 12.00 tengahari. Kalau ada yg nak buat n3 ttg giveaway ni kat blog masing2pun boleh...utk itu, ita akan ambil kira sebagai 2 komen dlm undian nnt , tolong inform kat ita dlm komen anda nnt dgn memberikan alamat blog ye :-).

Keputusannya inshaallah akan diketahui pada hari yg sama, 16hb Mac 2010, jam 8.30 malam....undian akan dibuat secara random ikut stail dulu-dulu "goncang & ambil"...kita tunggu siapa yang dapatttttttttttt!!!!!! okkkk...jom ramai2 join yer....the more the merrier....yg dah jadi follower ita, tolong khabarkan kat kawan2 yg belum follow untuk join giveaway ni...:-)))

Semoga dgn ini akan lebih mengeratkan lagi silatulrahim antara kita...amin :-)))



2 biji piring VCR, Sugar Bowl bunga Rose, 4 helai 'Pink Roses Napkins'







Salam semua......

Kat atas nie bukan lah dari blog saya.Tapi dari blogger yang saya selalu melawat ke blog dia.Kalau sesiapa berminat bolehlah melawat ke blog beliau.....http://itajeff68.blogspot.com/

Khamis, 11 Mac 2010

Dialog Ibu dan Anak.....

Lagi 7 hari,hari jadi Haikal yang ke 7 tahun.2,3 hari nie aku duk terpikir nak bagi dia ape sebagai hadiah untuk taun nie.Malam tadi masa duk berehat kat ruang tamu lepas semak kerja sekolah dia,aku ambil kesempatan bersembang dengan dia.Lagi pun Zali lum balik kerja lagi....Berikut dialog antara Ibu dan Anak......

Ibu :Abang (panggilan baru tuk Haikal),minggu depan birthday abang.Abang nak hadiah apa?Taun nie ibu tak buatkan birthday party tau.Abang dah besar,lagi pun ayah kata memang dah janji sampai umur 6 tahun je.Kita buat untuk kita bertiga je eh.Ayah,ibu ngan abang....

Abang :Minggu depan ye bu?Cikgu kata minggu depan kita cuti sekolah.Betol ke?Nape takleh wat majlis harijadi?nanti kekawan kita tak tau la hari jadi kita......(dah tarik muncung 14)

Ibu :Abang kan dah besar,takleh la tetiap tahun nak wat.Dah nak ada adik pun.Takpelah abang cakap nak hadiah ape nanti ibu cakap kat ayah.

Abang :Ok,kalau tak buat majlis tu ibu janji bagi hadiah ye....

Ibu :hmmm.....abang nak ape?

Abang :Leh tak kalau ibu belikan kita 'PSP,GAME BOY atau pun patung ULTRAMAN'.Patung Ultraman tu kita nak yang besarnya macam kita tau.Leh wat tido malam......




Ibu :Mak ai...banyak nya list.Tahun lepas kan dah dapat Ultraman.Kek Harijadi tahun lepas pun Ulatraman.Dah tak ingat ke?


Birthday kek Haikal tahun lepas

Abang :Alah boleh la bu......

Ibu :Game memang tak boleh (dengan tegasnya).Ayah mesti tak kasi punye.Sekarang nie main game kat komputer pun abang dah lupa nak belajar,kalau ibu ngan ayah leka pegi mengaji pun dah taknak.Game kena tunggu abang besar lagi sikit,bukan ibu kedekut ye.Tapi ayah memang tak bagi kalau nak beli game.Ultraman tu,ibu rasa CD collection abang pun dah leh bukak table kat pasar malam jual balik.Mainan Ultraman pun dah banyak la sesangat.Ada yang sampai ibu dah buang pun.

Abang :Habis tu ibu nak bagi kita hadiah ape?Kalau dah semua yang kita nak ibu taknak bagi dah la....(air mata dah mula bergenang.Haikal memang camtu,lelaki tapi ati ciput)

Ibu :Sini kat ibu.......(sambil peluk dia)...Yela,nanti ibu pujuk ayah belikan patung Ultraman tu ye.Tapi janji dengan ibu pasni dengar cakap ibu ngan ayah.Belajar rajin-rajin,mesti dapat no yang baik dalam kelas walaupun bukan no 1.Lagi 1,baju sekolah ibu taknak tengok kotor-kotor lagi.Kesian sikit kat ibu.Ibu penat balik kerja dah petang lepas tu hari-hari nak berus baju sekolah abang.Tengok perut ibu makin besar kan?Sian kat ibu dengan adik kat dalam nie eh.

Abang :........(sambil tersenyum riang)....Ok,ibu janji ye cakapkan kat ayah.Terima kasih ibu....Sayang sangat kat ibu.....(dia peluk dan cium aku banyak kali).

Ibu :Yela....nanti ibu cakap kan kat ayah ye......(memang nampak dari kecil lagi walaupun aku nie garang tapi Haikal memang akan tanya aku dulu sebelum minta sesuatu atau buat sesuatu.Kasih ibu membawa ke Syurga.....hehehe....).Aku lepaskan pelukkan dia,biarkan dia menonton TV....Aku termenung sambil mengusap lembut perut......Dalam hati berkata-kata....Kejap je masa berlalu,rasanya baru seperti semalam aku melahirkan Haikal.Rupa-rupanya diam tak diam dah 7 taun umur dia.Tak lama lagi akan lahir lagi zuriat dan pengikat kasih antara aku dan Zali.Tak sabar rasanya nak menikmati kehidupan berempat.Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup kami sekeluarga.....Amin.....

Jumaat, 5 Mac 2010

Stress....stress....stress.....

Aku tak tau la nak mulakan katner.......
Tapi serius aku bagitau kat sini jiwa aku betul-betul tertekan.....

Astagfirullah.........kenapa la macam nie.Dah la aku mengandung,sampaikan semalam doktor kata aku tak boleh stress-stress sangat.Akan effect pada baby dan kesihatan aku sendiri.Memang aku dapat rasa kesannya,tetiba cek kencing manis aku naik.Pastu dah bertahun-tahun tak kena ashma,aku kena balik.Sampai doktor bagitau lagi,kalau 7 bulan nanti ashma dan kencing manis aku masih takleh control terpaksa la baby dipaksa keluar....Nauzubillah.....Ya Allah.....Kau tolonglah hambaMu yang hina ini.....

Biar aku share dengan korang ye kenapa aku stress sesangat.Memang mungkin pada sesetengah orang macam masalah kecik,tapi pada seorang wanita mengandung yang mempunyai emosi yang berbeza-beza masalah nie agak membebankan....

Di sebabkan aku akan cuti bersalin,company tempat aku kerja nie bagi aku seorang pembantu.....Memula memang la aku happy sesangat,yelakan dapat meringankan beban keje aku.Tapi rupanye lain la pulak,makin beban keje aku.......Aku tak tau la datang dari mana makhluk nie?Lebih baik aku ajar budak sekolah tadika dari mengajar orang sesengal ini......
Dah la kita ajar dia buat tak tau,kalau dah buat salah tak mengaku.Dan kekadang tu bila aku ajar dia,dia ajar aku balik.Cam bagus sesangat la gamaknye.....

Sejarah kerja service centre haram tak ada,pastu kelulusan dalam pelajaran pun hampeh.Dah ada anak bini tapi perangai Masyaallah.....Bukan la aku nak mengutuk dia sesangat,tapi biarlah buat kerja tu bebetul sikit.Dapat gaji starting dah la besar,macam celaka.Aku tak tau la bos aku jumpa dan pungut dia katner.Sebelum nie kerja banyak tempat,tapi kerja kejap berenti.Aku rasa orang-orang kat tempat yang dia pernah kerja dulu pun asyik maki hamun dia aje la.

Camner la aku nak mengatasi masalah aku nie.....memang rasanya serius sesangat sampai aku tak tahan.Dalam minggu nie jerk dah 3 hari aku tak kerja.Sampai aku marah kat dia aku yang menangis,bukan dia.Argggghhhh.......tension nye....leh bagi tips tak camner nak buat lelagi la dalam situasi aku yang tengah mengandung nie.Istigfar bebanyak pun api kemarahan nie tak leh reda jugak......Nie sambil meluahkan kat sini pun,air mata aku dah bergenang jerk....

Rabu, 10 Februari 2010

Hadiah....

29 hb Januari haritu adalah hari jadi aku.Time kasih bebyk pada kengkawan yang wish x kira SMS,telephone @ kat FB.

Tahun nie rasanye aku akan sekali lagi mendapat hadiah yang paling berharga dari yang Maha Esa.Mintalah semua nye berjalan dengan lancar dan selamat.Aku juga berdoa pada Allah semoga diberi kesihatan yang baik sepanjang kehamilan ini.Semoga bayi yang akan lahir nanti sihat,sempurna dan akan menjadi anak yang soleh @ solehah......Amin....

Tahun nie,Zali tak bagi hadiah yang special sangat.Sebab kata dia banyak nak pakai duit untuk sambut orang baru nanti.Aku pun x lah kisah sangat,ada betol jugak ape yang dia cakap tu.Bersalin zaman sekarang semua benda pakai duit.Bagi tak mengecewakan aku lah agaknye,dia belikan jugak handbag dan sandal.Walaupun harganye xlah seberapa tapi aku suka sangat.Dah lama aku idamkan handbag putih.


Sepasang sandal dan handbag putih.....:))

Lagi 1 hadiah untuk taun nie,kami sekeluarga g bercuti ke Cameron Highland.Best sangat dapat lah melapangkan pikiran kat sana.Lagi pun dah lama kita orang tak pegi bercuti.Mula bertolak dari Batu Pahat kul 7 pagi,sampai sana kul 2.30 petang.Lambat sikit sampai sebab banyak berhenti.Yela aku nie ngah camnie,penat bila duduk lama jadi terpaksalah banyak berhenti rehat.Kita orang bermalam kat Titiwangsa Hotel.Ok sesangat walaupun cuma hotel bajet.2 kali sarapan pagi dan makan malam termasuk dalam pakej.Makan malam dihidangkan steamboat yang banyak la sesangat.Petang tu kita orang pegi memborong kat pasar malam Brincang.Tak sanggup nak kuar malam badan dah penat sangat.
Makan malam dan Haikal berposing kat dalam bilik.Berangan jerk anak aku sorang nie.....
Hari kedua pagi-pagi lagi kita orang dah turun sarapan.Lepas sarapan terus pegi ke Ladang Teh 'Cameron Valley Barat'.Dapat lah menikmati keindahan ladang teh...
Pintu masuk ladang teh...


Curam sesangat masa nak turun kesini,bila naik keatas termengah-mengah aku dibuatnye...

Haikal snapkan gambar ibu dan ayah....
Pas ke ladang teh.kita orang pegi ke tempat kaktus,bunga dan ladang Strawberry....
Haikal suke sangat masa nie dapat tengok banyak pokok kakus
Gambar sebagai kenangan.....
Kul 10pg hari kedua kita orang dah checkout....Kena cepat takut lambat pulak sampai Batu Pahat,besoknye nak kerja dan Haikal sekolah....
Sempatlah berhenti sekejap kat air terjun....
Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik.Insyaallah kalau ada rezeki akan kesini lagi.Banyak la juga cenderahati dapat dibeli sebagai kenangan.

Khamis, 28 Januari 2010

Meow....

Salam semua.....

Lama dah aku cerita pasal kucing-kucing aku....
Chiko,Orix,Oreo dan Omie.....
Bebudak tu semuanye dh besar-besar dh.....

Chiko dh masuk 6 taun,dah tua la sesgt pada mata aku.Tapi masih gagah perkasa menakluk aweks-aweks terbiar kat blakang gumah aku.Balik rmh pun 2,3 hari sekali,tu pun aku rasa time dia kebulur jela.Balik pun lepas mkn meleset-leset jap kat aku,bergolek-golek dgn aksi biang.Bile aku leka je dah ghaib.Itulah penangan bela kucing jantan,memang x lekat kat rmh.

Orix dh mula cube-cube usha aweks-aweks terbiar kat belakang rmh aku.X lama lagi aku dapat cucu la...hehehe....Nie pun dh pandai kuar sendiri ikut tingkap dapur.Dah sibuk sangat cari aweks,berat dh turun 1.5kg.Mkn dah x kisah sangat,cume lum wat onar x balik rumah jerk.Dengan aku pun dah x macam dulu,dah xde aksi2 manje lagi dah.


My 'Super Hero....Orix'........

Oreo pun dah dekat setaun,jap jekan masa berlalu.Berat dh 4kg lebih.Boleh tahan gak kuat melantak.Pastu habit dia suka la sesangat terbalikkan baldi....hmmmm....x kira la apepun bekas yg ada air kat dalamnye.Mesti dia terbalikkan.Sikit ari lg pun mesti cari aweks jgk.Sekarang nie memang dialah yg paling manje dengan aku.Mane aku pegi pun dia ikut,aku masuk bilik air pun dia akan cakar2 pintu bilik air.Memang manja sesngat,sampai Zali menyampah...


Nie la gambar terbaru Oreo.....


Cume Omie jerk,member aku datang2 rumah terus sapu bawak balik.Menangis-nangis aku mintak belas ihsan,tapi x dilayan.Sayang siut,dah dekat setaun aku bela tetiba jerk kena rembat dengan member sendiri.Lama jugak aku mengajuk dengan member aku tu....

Dan...baru minggu lepas aku ada kucing baru yang aku pungut kat blakang office aku.Memula tu wat x kisah jerk,cume bagi makan tetiap hari.Sian pulak,tetiap pagi aku sampai office dia dah siap sedia tunggu aku kat pintu belakang.Pastu nk dijadikan cerita hari Jumaat pagi yang lepas,masa aku nak bagi dia makan,dia lari2 kearah aku.Ada lori kedai tayar sebelah office aku laju jerk masuk lorong belakang tu.Ape lg menjerit la aku,nasib baik x terlanggar budak kecik tu.Dan rasa simpati aku dah sampai kemuncak...

Tengahari balik makan,aku pun kejutkan Bos kat rmh yg tengah tido coz baru abis keje shift mlm.Kejut pun bebaik la sangat...(ceh...konon2 cam isteri mithali la)

Aku :"Ayah,bangun la,ibu ada benda nak cakap nie...."
Zali :"hmmm....kacau la baru kul bape nie,lum azan kan?nak ape,saya penat la...."
Aku :wat...wat muka merajuk...."xpela....tido la balik"
Zali :"yela2 saya bangun la nie.Nak ape?kena g trainning pastu awak xnak g?Saya dah suruh berenti keje awak xnak,sayang la sgt kat manager awak tu...."(dalam ati aku,org tua nie aku lum ckp lagi dia dah mengomel yg bukan2 lak...)
Aku :"Bukan la,dengar la dulu saya nak cakap pe,org lum cakap lg dia dah membebel.Saya kan dah dikecualikan dari trainning sampai beranak nanti."(senyum penuh makna...)"Cm nie,kat belakang office saya tu,ada sekor anak kucing kiut.Hari2 dia mintak makan kat saya,saya kesian la pagi tadi pun nyaris2 kena langgar dengan lori komunis kat sebelah tu."
Zali :"hmmm...ingat pasal ape tadi,alah bu....yg sedia ada tu pun saya dah pening.Dengan makannye lagi,dgn t**knye lagi.Xyah la,awak bela jela kat office awak".
Aku :cebikkan bibir,pastu wat muka sedih."xpelah klu awak x bagi,saya nak dapat pahala sama2 awak,tapi awak x kasi xpe la"
Zali :"kucing kampung ke kucing jenis b****h cam yg sedia ada nie?kalau kampung leh la ambik..."
Aku :"kucing kampung,kiut sangat.Bulu dia gelap sikit dari Bird,kucing jantan.Manja sangat..."
Zali :"yela2,kali nie je eh.Lain kali dah xleh lagi.Penat la saya.Dahhh.....senyum sikit"
Aku :"Love you sayang....."Senyum sampai ketelinga.

Balik office dengan penuh cerianye....Dah dlm kul 5 petang aku cari la budak tu kat belakang.Panggil2 xde,hati aku dah mula risau takut dia betol2 dah kena langgar.Puas aku tinjau kat balik-balik tayar kedai sebelah tapi xde.Balik office dengan muka hampa.....Baru nak masuk pintu,laju je dia berlari masuk pintu mendahului aku....

Aku masukkan dia dalam kotak,siap dengan makanan lagi.Bukan ape aku takut dia meronta sepanjang perjalanan.Dalam kete,tetibe jerk dia loncat kuar dari kotak.Aku dah gabra la jugak takut dia masuk kat bawah kaki aku.Kang mane nak cari pedal minyak ngan pedal clutch.Rupe2nye dia cume duduk kat sebelah aku kat tempat penumpang sambil tengok muka aku dan mengiau-ngiau manjee...

Sampai rmh aku angkat dia cmtu jerk,x pakai kotak pun.Zali pun pelik nape dia x melilau dalam kete.Pada aku la kan,mungkin dia tau nak berada kat tempat yg selesa dan selamat.Pastu disayangi oleh semua org.

Haikal blk2 je dari main basikal terus ambik kucing tu,pastu cium2....

"Ibu,nie kucing baru kita eh?nape dia comot?ape name dia?Ibu bg nama dia Shinbey eh,pastu nanti ibu mandikan dia tau.Nape dia kecik bu,pastu nape bulu dia x mcm bulu Orix ngan Oreo?"
Aku senyum je.....

Nie la dia kucing baru aku.Kita orang namakan dia Omie....(sama nama dengan yg member aku ambik tu,senang nak ingat).Walaupun dia x cantik cam Orix dan Oreo,tapi aku janji dengan diri aku xkan ada perbezaan dengan yg lain.....Dia pun mahluk Tuhan yg indah ciptaanye.Perlu disayangi dan dikasihani.
Inilah dia 'Omie'.Telinga capang..hehehe...