Rabu, 9 September 2009

Pergi Tak Kembali

Innalillahwainnalillahhirojiun.........

Terkasima aku sejenak.Dlm Ramadhan tahun nie aje 2 org sahabat aku yg jgk sekampung dgnku kehilangan mak mereka...
Yati Rahman kehilangan mak dia ketika umat islam menjalani ibadah puasa hari yg ke 7 lalu.Mak dia mengidap sakit kanser paru-paru.Sakit x lama,dpt tahu dlm 3 bln lepas.(dia kawan aku dr sekolah tadika lg,pastu kita org sama2 involve dlm pu3 UMNO).

Baru sebentar td,Ajun seorg lg sahabat aku senasib kehilangan mak dia.Hari nie hari yg ke 19 kita berpuasa.Mak dia pula mengidap sakit jantung dan baru kene strok dlm 2 minggu lepas.(Ajun nie rmh dia memang dkt dgn rmh aku,so kita org memang membesar sama2).....

Apa yg buat aku nk cite kat blog aku nie,aku jgk pernah senasib dgn dia org.Aku tau mcmmane perasaan dia org bile kehilangan ibu lg2lah ketika kita umat islam berpuasa dan akan menyambut Syawal tak lama lg.Terus terang aku katakan memang x kering air mata tatkala Takbir Raya berkumandang.

Mak aku jgk pergi mengadap Ilahi pada bln Ramadhan,pada hari ke3 puasa.Mak pun sakit x lame,cume 3 hari je.Memang sampai sekarang pun setiap kali menyambut Ramadhan,aku mesti teringat peristiwa tu.Memang aku xleh lupakan wlupun dh 9thn berlalu.

Memang benarlah janji Allah pada Hambanye,tidak akan lewat wlu sesaat pun dan tidak akan cepat wlupun sesaat.

Sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh2 mereka semoga dicucuri Rahmat Allah.......

Kat bwah nie,aku terbaca dlm 1 blog tanda2 kematian.Sama2 lah kita renungkan dan menginsafi......

TANDA-TANDA KEMATIAN.

100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji denganmusibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tibaianya berselera untuk makan.

3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitudiantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalahkita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan iniakan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika inijuga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakithidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kitamelihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagianhujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yangterlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutandi sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kitatidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik kebahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadahdan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemputkita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarangakan mematikan pula.

Marilah kita sama-sama mahasabah diri di bulan yang mulia ini.
Sentiasalah kita beristigfar dan bertaubat tanpa bertangguh sama ada kita ada mengalami tanda-tanda kematian umum atau secara peribadi ini.

Elok juga kita 'perasaan' pada tanda tanda ini membolehkan kita membuat persiapan apa yang patut sebelum kita bertemu pencipta kita.

WaAllahuALam.

0 ulasan: