1) Bekas kekasih saya- dah kawin ngan org lain.......(ngan kwn saya gaks)
2) Saya sedang mendengar– Lagu 'You Are Not Alone'-from MJ
3) Mungkin saya patut– pergi hospital hari nie untuk buat treatment (dah malas nk g)
4) Saya suka– berangan untuk mendptkan sesuatu....
5) Sahabat-sahabat saya– semuanye baik2 belaka dan terlalu ambil berat pasal saya
6) Saya tak faham– kenapa bebdk tmpt keje saya x phm2 yg saya masih xleh g keje....
7) Saya kehilangan– Mak pada umur 18 tahun
8) Ramai yang berkata– “Mai,awk dh ok ke skarang?"
9) Cinta itu adalah– terlalu indah untk diterjemahkan....
10) Di suatu tempat, seseorang sedang– berdukacita…Kepada yang berkenaan, saya sudi “meminjamkan” telinga untuk mendengar masalah anda....
11) Saya akan cuba– menjadi sahabat yg baik pd semua kwn2 saya
12) Perkataan SELAMANYA membawa maksud– Forever
13) Telefon bimbit saya– Sony Ericson W910i (cm nk tukar....dh lama sgt pki hp nie)
14) Bila saya terjaga– saya akan tengok Haikal dan Zali disebelah (takut dia org tinggalkan saya)
15) Saya paling meluat– org yg suka tikam belakang....
16) Pesta/parti adalah– bukan type saya
17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui– Kucing (Chiki-sampai skarang masih dalam jagaan saya.Dh 6thn)
18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah– 20 tahun (dilamar)
19) Hari ini– saya rasa tension sgt coz....
20) Malam ini saya akan– menonton rancangan kegemaran 'Gugu Gaga Erra'
21) Esok pula saya akan– hantar dan ambil Haikal ke sekolah
22) Saya betul-betul inginkan- anak.....(huhuhu....bila ye akan tiba masanye?)
23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini– nape kuar pinples nie?
24) Pusat membeli-belah atau arked permainan- saya pilih 'pusat membeli belah' sebab saya suka shopping
25) Makanan Barat atau Jepun?– x berape minat,tapi saya lbh suke makanan Barat dari Jepun
26) Bilik yang terang atau gelap?– Samar-samar...leh x?
27) Makanan segera adalah– klu terdesak (terlalu lapar atau malas nk masak)
28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang- "Nanti aku call ko blk"
29) Siapa yang anda ingin tag:- sesiape jerks
Isnin, 27 Julai 2009
Hilangkan Tension
Khamis, 2 Julai 2009
1 Pengajaran Bukan Penyesalan
"ALLAH"
(gambar X-ray nie bkn yg sebenar ye...yg aku punye doktor x kasi ambk)
Kat rumah,hati aku risau gile duk pikir bdk kampung aku yg msk spital.Lupa aku nk cite pasal ape die msk spital.Aku mintak tolong org kampung aku ambikkan motor aku,pastu masa dia org angkat motor aku naik atas lori,ntah camner tangan Jai terselit kat bahagian motor yg pecah.Tersiat kat bahagian jari manis dia...kuku dia tercabut.Ngeri aku tengok.Aku sempat tengok dia masa tunggu kat EA.Sian bdk tu,nk tolong aku punye pasal dia lak yg kene tahan kat wad...Aku call bapak dia byk kali tanye keadaan dia camner?Bapak dia kata doktor ckp tengok keadaan cmner,klu kritikal jari dia tu kena potong....Ya Allah,Kau selamatkanlah Jai.Hanya doa yg dpt aku panjatkan utk Jai masa tu.Besoknye pg2 bapak dia bgtau aku x kena potong.Alhamdulillah,syukur kepada Allah...
Mlm tu Zali bwk aku g report Polis.Adik ipar Mala,Ain tunggu kita org kat balai.(Ain jgk byk tolong aku masa kejadian nie.Dia bgtau aku leh claim insuran kereta tu sebab kete tu yg salah.Aku manalah tau pasal2 nie kan,nasib baik ada si Ain.Thanks a lot ye Ain)
Pagi2 aku dh bangun,kejutkan Zali bgtau kat dia tangan aku bisa sgt.Kepala kat tengkok aku bengkak,ajak dia g spital blk.Tiba spital,tunggu giliran lg.Aku dh x tahan,air mata dh mula turun...bisa sgt,sumpah aku bgtau korang rasenye klu korang pun mesti dh xleh tahan lg...Akhirnye penantian aku berakhir setelah dekat 1 jam menunggu.
bilik X-ray lg.Kali nie kena X-ray kat bahagian kepala plk....Pagi kul 6pg dah dikejutkan utk mkn ubat.....Aku terus bangun mandi utk segarkan diri.
Tengahari....aku dibenarkan blk.Aku diberi MC 21 hari dan kena dtg buat pemeriksaan semula pd 07.07.2009.
"Ya Allah,Kau ampunkanlah dosa-dosa hamba Mu yg hina ini...Hanya Engkau yg tahu setiap kejadian itu ada hikmah disebaliknya.Kau jadikan aku hamba Mu yg bertakwa dan beriman kepada Mu.Kau permudahkanlah urusan ku didunia dan akhirat kelak."
Amin Ya Rabbal A'lamin.....
Rabu, 17 Jun 2009
Peminat kucing
Salam pada semua.Sebenarnye dh lama aku x cite pape kat blog aku nie.So,dr dia kaku gitu aku nk share cite pasal kucing kat korg....
Nampak x gambar kucing aku?Nama dia Orix,alah cm nama watak Yasin cm dlm cite Duyung.Yela,mane tau kan 1 hari nanti Orix bleh ckp 'FUYOH!FUYOH' kayo makcik time tu...hehehe...
Yg ke 2,namenye Chiko.Kucing kampung mix ngan Parsi,tang ekor dia jerk kembang.Chiko nie lain mcm skit,pukul 2 ke 3 pg dia nk mkn x bangun dia kencing atas tilam...adus,ambk ko.Lg 1 Chiko mesti nk tido kat tengah2,muka mesti ngadap aku.Sian Zali masa tu,yelah kira still hangat pengantin baru....Si Chiko nie mesti cilok tido kat tengah2.Chiko hilang cmtu aje,ngajuk agknye...coz lepas bersalinkan Haikal,aku dh wat derk je kat si Chiko.Sedih sgt...nasib baik aku x meroyan dlm pantang.
Yg ke 3,namenye Chiki aka Bird.Chiki nie kucing datang.Kucing jantan gak baka kucing kampung je.Chiki nie kena buang dgn org kat kilang dpn rumah aku.Disebabkan aku nie pun lebih kurang arwah atok aku,perihatin sgt kat kucing hari2 aku hantar mkn kat Si Chiki nie.At last,Chiki ikut aku blk dan terus bermaustautin kat gumah aku.Chiki la kucing yg paling lama aku bela.Sampai la nie pun Chiki masih ada tau.Dh dekat 6thn aku bela Chiki...Panjangkan umur Chiki?Mintak2 Tuhan panjangkan lg umur Chiki aku nie.Chiki nie bgs tau,berape byk pun kucing aku bwk blk untuk bela Chiki langsung x ksh.Yela,selalu org kata kucing jantan x suke klu ada kucing lain dtg kat rmh ke....Ye x?aku pun xtau la betul ke x,coz tu kata org je kan...Chiki nie pun phm bahasa tau.Klu aku ckp kat Chiki,jgn kencing dlm rmh g kencing kat rmh dpn (rmh makcik aku).Chiki akan g sana bile dia nk kencing...huhuhu....selalu makcik aku bising kat aku.Lg 1 Chiki phm bile aku ckp kat Chiki,mlm nie tido kat rmh ayah keje mlm.Mlm tu Chiki xkan kuar dr rmh la jwbnye untk jaga aku...hehehe...bestkan kucing aku nie,educated gile sbb Chiki nie pandai dgr ckp aku...Yg ke 4,namenye Showme.(sorry xde lak gambar dia).Org bg aku,kucing betina baka siam.Nama Showme coz Showme nie suka meleset..(tu yg aku x minat kucing betina).Aku bela Showme x lama,asyik kejenye nk beranak je.Zali dh naik menyampah,dia g buang kat pasar ikan BP.Sedih jgk la aku masa tu,siap bwkkan bekal makan..hehehe...(perihatin kan aku?).
Inilah dia makanan yg dimakan oleh kucing-kucing kesayangan aku.Dari mula-mula aku menceburkan diri membela kucing.....Xpelah,aku tolong promote produk makanan kucing kat blog aku nie.Wiskas memang bagus,bulu kucing jd sihat.Kilat dan lebat.Pastu rasanye sebab kucing-kucing aku makan Wiskas nie la kucing-kucing aku sentiasa sihat dan cergas....
Nie lg satu produk Wiskas yg aku gunakan untuk kucing-kucing kesayangan aku...Klu yg td tu makanan kering,yg nie makanan basah.Disebabkan hendak berjimat,aku gaulkan makanan nie dgn nasi.
Nie tempat makanan kucing-kucing aku.Kena sentiasa penuh coz aku bekerja kang ada yg mati x cukup makan..huhuhu....
Sabtu, 13 Jun 2009
Salam pada semua.......
Seorang insan bernama suami.....
Selamat Hari Bapa Abang....Semoga ikatan yg sudah berusia 7 tahun ini akan berkekalan hingga keakhir hayat...
Terus terang saya katakan pada abang 'Saya Sangat Menyayangi Abang' walaupun keegoaan diri untuk menyatakannye.
Abang seorang ayah dan suami yg amat saya kagumi.Tidak pernah untuk saya luahkan pada abang secara berterus terang.Mungkin malu atau juga mungkin egoan diri yg tinggi....
Dari hari pertama perkenalan kita hingga kesaat ini,saya rasakan abang amat istimewa.Abang teramat baik buat diri saya,abang dah banyak mengajar saya erti kehidupan,abang seorang suami dan ayah yg penyabar.Abang dh banyak bersabar dengan kerenah saya.Terima kasih yg tak terhingga kerana abang menerima saya seadanya...
Abang,masih segar dalam ingatan saya ketika abang melamar saya,di hari bersejarah kita,dihari Haikal dilahirkan,dikala saya sakit.Abang tak pernah mengeluh disisi saya,abang sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk saya.'You're great man my Love'.
Abang,kekadang saya terfikir,adakah saya isteri yg baik untuk abang?Adakah saya wanita yg abang cari selama ini?Adakah saya akan menjadi isteri yg solehah di akhirat kelak?
Abang,disini saya ingin meminta ampun dan maaf diatas segala kesalahan saya terhadap abang selama ni.Rasanya saya dh banyak buat dosa pada abang.Saya selalu merajuk,selalu marah-marah pada abang.Maafkan saya bang.Saya tak akan temui lagi insan seistimewa abang.....
Diakhir kata,
'SAYA AMAT MENYINTAI ABANG.INSYAALLAH KALAU DIIZINKAN ALLAH SEHINGGA KEAKHIR HAYAT SAYA'.Saya juga berharap abang pun begitu....
Rabu, 3 Jun 2009
Tazkirah
Nie nak share sikit ilmu buat kekwn semua ye.Eh,jgn pulak kata blog aku cm blog org baik-baik lak.Yelah aku nie pun manusia biasa yg tak lekang dari melakukan kesalahan.So,sebelum terlambat,sebelum malaikat maut tunggu kat depan pintu rmh bebykkanlah amalan-amalan yg bleh bawa kita ke Syurga......Insyaallah.Semoga Allah akan memberkati setiap ape yg kita lakukan asalkan dgn keredhaanNya.......
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Tafsirannya:Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.A) Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِقُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدُۢ (٤)
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
B) Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
C) Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
D) Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca Surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca SurahAl-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.Sabda Rasulullah SAW lagi:Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis disayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
E) Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidakmengalami apa-apa kesusahan.Nota:Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu inikepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesanankuwalaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya3 perkara yang akan dibawanya bersama :1) Sedekah/amal jariahnya2) Doa anak-anaknya yang soleh3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Kekadang Munusia Mudah Lupa
Entah kenapa kekdg manusia mudah sgt lupa dgn sesuatu perkara,mudah sgt lupa pada org yg dah byk berjasa.Mudah sgt lupa diri bila kesenangan diberi Allah.Tahu tak kita kesenangan itu hanya pinjaman saja,yg entah bila-bila saje Dia boleh tarik balik.
Sebagai manusia aku jgk ada perasaan bilamana org yg aku anggap seperti darah daging sendiri mencemar erti kasih syg kekeluargaan.Kenapa mesti aku jerk yg nak kena jaga hati org,sedangkan org senang lenang membawa cerita keburukkan aku merata-rata.....
Ya Allah,
Ko tunjukkan kepada mereka-mereka ini akan sesuatu kejadian yg akan menyedarkan diri mereka.
Hmmm......
Dh xnk ingatlah perkara-perkara tu.Buat depa tu atau sesape yg terasa.cuba layan petikan dari bwh nie...
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupaMelayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
IngatlahIngatlahIngatlah
Wahai bangsakuJangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai
(aku copy jerk teks ucapan Dr.M)
Ahad, 31 Mei 2009
Khas untuk para wanita
Salam pada semua,sebenarnya artikel dibawah nie aku terbaca kat 1 blog.Takut jugak dengan apa yg diceritakan.Yelah,sebagai manusia dan wanita kita nie cam tak lepas dari melakukan kesilapan-kesilapan.Agknyelah diakhirat nanti kita nie tergolong dalam yg mana ye?Nauzubillah...Semoga artikel dibawah nie memberi keinsafan dalam diri kita.
Fikrah: Nabi lihat 10 seksaan timpa wanita
RASULULLAH saw menangis setiap kali mengenangkan 10 jenis seksaan yang dilihat menimpa wanita ketika Baginda melalui peristiwa Israk Mikraj. Antaranya perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
Seksaan lain yang diperlihatkan kepada Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.
Selain itu, Baginda juga melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.
Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
Ada pula perempuan yang Baginda nampak rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.
“Sayang pada isteri,anak-anak perempuan berpada-pada jangan biarkan kasih sayang kita menjadi penyebab kita dan mereka menghuni neraka… ”
NAU’ZUBILLAH…
.jpg)















